Time cuti ni mesti anda teringin nak makan sesuatu yang istimewa untuk seisi keluarga kan?
Apa kata anda cuba resipi ayam panggang ala Kenny Rogers yang mudah nak buat ni, anak-anak anda tentu suka kan?
RESIPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Berikut adalah resipi ayam panggang special yang dikongsikan oleh Puan Herda Johan menerusi laman sosial facebook.
BAHAN-BAHAN SEPERTI DI BAWAH:
- Seekor ayam 1kg+
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 kiub ayam Knorr / Maggi
- 2 sudu serbuk lada hitam
- 1 senduk kecil sos black pepper
- Garam 1 sudu teh
- Gula 1 sudu makan
- Air 100ml
- 2 sudu madu (optional)
- 3 sudu minyak zaitun
- 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
1. POTONG DAN BERSIHKAN AYAM
Mula-mula, bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potong. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Jika ia tak dipotong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti barulah lebih umpph!
2. KISAR BAHAN
Kisarkan semua bahan kisar yang bernombor 1-9 seperti dalam senarai di atas dengan menggunakan 'blender' sehingga halus.
3. PERAPKAN AYAM
Campurkan bahan perap iaitu minyak zaitun, madu dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar kemudian gaulkan di dalam bekas.
Tuang semua bahan tadi ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap selama 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.
4. MASAK
Terdapat 2 cara untuk memasak ayam panggang ala Kenny Rogers ni. Pilihlah yang mana mudah dan sesuai dengan selera masing-masing yer.
A) Periuk High Pressure / Pemanggang Ajaib
Kalau menggunakan periuk jenis ini atau yang sewaktu dengannya, anda boleh memasak ayam tadi kira-kira 30 minit. Selepas itu, 'stir fry' dengan sedikit minyak di atas kuali untuk mendapatkan hasil kerangupan dan rasa panggang yang sedap.
B) Ketuhar / 'Oven'
Jika korang ingin menggunakan 'oven', panaskan pada suhu 180’c-200’c. Gunakan api atas bawah. Bakar selama 1 jam - 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak nampak kering.
**Suhu 'oven' bergantung pada saiz oven. Kalau saiz 'oven' lebih besar, gunakan suhu yang lebih tinggi.
5. SIAP!
Apabila siap, bolehlah cuba lihat isi dalamnya sama ada cukup masak atau sebaliknya. Aromanya memang harum, lebih-lebih lagi dengan campuran pelbagai rempah.
Sekarang dah boleh dihidangkan. Mudah, bukan? Jemput makan. yummyumm...
SELAMAT MENCUBA!
Memang ringkas jer resipi ayam panggang ala Kenny Rogers ini rupanya. Tak perlu banyak langkah, cuma perlukan sedikit persediaan awal kerana akan mengambil masa untuk memerap ayam.
Apapun, hasilnya memang meletop, sesuai juga untuk majlis-majlis keramaian!
**Perkongsian asal resipi ayam panggang ala Kenny Rogers oleh Puan Herda Johan melalui Facebooknya dan telah di olah semula.