-->

Thursday, March 28, 2019

7 Cara Sembuhkan Sakit Lutut, Sendi Dan Otot Dengan Berkesan.

author photo

Sudah menjadi kebiasaan mereka yang lasak mengalami kesakitan pada otot-otot badan dan sendi. Walaupun dalam keadaan kesakitan, ramai yang masih memaksa untuk kekal lasak tanpa memikirkan kesan bagi jangka masa panjang. Apa yang lebih merisaukan, kesan yang perlu anda tanggung adalah perlu menghentikan segera aktiviti lasak di dalam rutin harian anda. Ia pasti menjadi titik sejarah gelap anda kerana anda kini, tidak boleh aktif seperti biasa.

Antara mereka yang sering mengalami masalah sakit lutut, sendi dan otot adalah ahli sukan, pendaki gunung, pemain bola, para ibu yang baru melahirkan dan juga warga emas. Apa yang menjadi amalan ketika mengalami sakit lutut, sendi dan otot adalah melakukan urutan badan. Perlu diingatkan teknik urutan badan haruslah menggunakan servis tukang urut yang berpengalaman dan berkemahiran supaya tidak timbul masalah lain pula.

Melegakan sakit lutut, sendi dan otot bukanlah boleh diselesaikan hanya dengan teknik urutan. Malah, terdapat pelbagai cara dan tips lain yang lebih mudah dan praktikal untuk anda amalkan sendiri. Apa yang lebih penting cara ini lebih selamat dan terjamin.

7 Cara Sembuhkan Sakit Lutut, Sendi Dan Otot Dengan Berkesan.

1. Kolagen


Ramai yang beranggapan kolagen berfungsi untuk menegangkan kulit wajah sahaja. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan bahagian badan memerlukan kolagen seperti otot, sendi, gusi serta organ dalaman. Namun, kolagen akan semakin berkurangan disebabkan faktor umur seseorang atau persekitaran di sekeliling. Disebabkan anda kehilangan kolagen, maka anda akan berisiko untuk mengalami kesakitan pada lutut, sendi dan otot.

Oleh yang demikian, anda boleh mengamalkan pengambilan kolagen di dalam diet anda. Sakit lutut, sendi dan otot anda akan sembuh apabila pengambilan kolagen anda mencukupi.

2. Halia


Siapa sangka halia juga membantu untuk menyembuhkan kesakitan lutut, sendi dan otot selain daripada membuang angin di dalam badan. Halia mempunyai sifat anti radang di mana ia berfungsi bagi meningkatkan kesihatan tulang dan menghilangkan kesakitan pada lutut, sendi serta otot. 

Anda hanya perlu membuat sapuan halia yang ditumbuk pada bahagian yang mengalami kesakitan atau amalkan minum air halia setiap hari. Selain daripada merawat sakit lutut, sendi dan otot, halia juga sangat bagus untuk membuang angin di dalam badan anda.

3. Minyak Kayu Putih


Minyak kayu putih antara amalan sapuan pada perut bayi bagi mengelakkan bayi kembung. Selain itu, minyak kayu putih juga dapat melegakan kesakitan pada lutut, sendi dan otot dengan berkesan. Ia bertindak melancarkan pengaliran darah pada bahagian sendi yang lenguh dan kejang. 

Minyak kayu putih mempunyai sifat analgesia atau pelega kesakitan yang boleh menghilang kesakitan pada lutut. Rasa sejuk minyak ini boleh membantu untuk mengurangkan sakit lutut yang disebabkan oleh artritis.

4. Tampal Koyok


Salah satu cara yang paling mudah adalah menampal koyok pada bahagian badan yang sakit. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis jenama koyok atau plaster yang direka khas untuk menghilangkan sakit lutut, sendi dan otot. 

Setiap koyok mempunyai formulasi bahan ramuan yang berbeza serta tahap keberkesanannya. Untuk memilih tampal koyok yang terbaik dan berkesan, anda harus mencuba sendiri jenama yang ada. Apa yang penting dapatkan tampal koyok yang selamat digunakan.

5. Urutan Badan


Cara yang paling berkesan untuk sembuhkan sakit lutut, sendi dan otot adalah menggunakan perkhidmatan urutan badan. Perkhidmatan urutan badan dari rumah ke rumah pasti membantu anda yang bekerja dan kesuntukan masa untuk pergi ke rumah tukang urut atau spa. 

Terdapat pelbagai manfaat pada badan sekiranya anda mendapat urutan badan yang bagus dari tukang urut yang mahir dan berpengalaman. Antara manfaat urutan badan adalah melancarkan peredaran darah, mengurangkan tekanan, melegakan sakit otot dan badan, meningkatkan daya tahan badan serta membantu anda untuk tidur lebih lena.

6. Lemon


Cara yang mudah untuk menyembuhkan sakit lutut, sendi dan otot adalah dengan menggunakan lemon. Lemon yang bersifat asid boleh bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urid yang menjadi punca kepada arthritis. Anda hanya perlu potong lemon kepada potongan yang kecil kemudian bungkus di dalam kain kapas. Celupkan kain kapas ke dalam minyak bijan. Seterusnya, anda boleh letakkan kain itu pada lutut anda yang sakit selama 5 hingga 10 minit.

7. Sapuan Krim Atroxene Flex


Atroxene Flex merupakan gel sapuan yang boleh membantu anda untuk menghilangkan rasa sakit lutut, sendi dan otot dengan berkesan. Atroxene Flex merupakan produk import dari Itali yang telah berada di pasaran Itali selama 30 tahun. Di Malaysia, Atroxene Flex telah berada di pasaran sejak 3 tahun yang lepas lagi.

Walaupun Atroxene Flex merupakan produk dari Itali, ia adalah produk yang halal dan selamat digunakan. Sudah ramai menggunakan Atroxene Flex semasa mengerjakan ibadah umrah dan haji di Mekah bagi melancarkan ibadah mereka di sana.
Next article Next Post
Previous article Previous Post