-->

Wednesday, March 27, 2019

Kajian Terbaru Dedah Minum Teh Panas Meningkatkan Risiko Terkena Kanser Kerongkong.

author photo

Kajian terbaru mendapati amalan meminum air teh yang masih panas boleh meningkatkan risiko kanser esofagus (kerongkong) berbanding peminum yang menikmati teh masing-masing pada suhu yang lebih rendah.

Berdasarkan kajian berkenaan, para penyelidik merungkaikan bahawa 90% individu yang menikmati minuman teh panas sebanyak dua cawan besar atau 700ml setiap hari pada suhu melebihi 60°C berisiko mengalami kanser esofagus.

The News

Kajian tersebut melibatkan seramai 50,045 responden di Golestan, Iran yang berusia dalam lingkungan 40 tahun dan 75 tahun dalam tempoh 10 tahun. Di antara tahun 2004 dan 2017, para penyelidik telah menemui 317 kes baru kanser esofagus.

"Ramai individu gemar meminum teh, kopi dan minuman panas lain. Namun berdasarkan laporan kami, minum teh panas mampu meningkatkan risiko kanser esofagus. Jadi, dinasihatkan supaya anda menunggu sementara minuman panas itu menyejuk sebelum meminumnya," kata penulis utama kajian iaitu Dr Farhad Islami.

Dalam kajian yang terdahulu, perkaitan di antara teh panas dan juga kanser esofagus telah pun diterbitkan. Namun, dalam kajian terbaru yang diterbitkan pada Rabu lalu di dalam International Journal of Cancer, kenyataan dan bukti yang menegaskan suhu tertentu secara spesifik telah dikemukakan.

USA Today

Stephen Evans iaitu seorang profesor farmakoepidemilogi (ilmu penggunaan ubat-ubatan) di London School of Hygiene & Tropical Medicine menegaskan bahawa isu utama yang menyebabkan kanser ini adalah suhunya berbanding jenis minuman.

Kanser esofagus merupakan kanser kelapan yang biasa berlaku dan boleh menyebabkan kematian. Laporan daripada Agensi Antarabangsa Kajian Kanser mendedahkan bahawa kanser ini telah mengorbankan hampir 400,000 nyawa setiap tahun.

Kebiasaannya, ia berpunca daripada kecederaan berulang kali pada bahagian kerongkong disebabkan oleh tabiat merokok, alkohol, asid refluks dan cecair panas. Esofagus adalah bahagian tiub yang menyalurkan makanan dan juga cecair dari mulut ke perut.

Medical News Today

Persatuan Kanser Amerika menganggarkan sebanyak 13,570 kes baru melibatkan kanser jenis ini telah dihidapi oleh golongan lelaki dan 3,900 lagi dalam kalangan wanita di seluruh Amerika Syarikat pada tahun 2019.

Di Amerika Syarikat dan benua Eropah, jarang sekali masyarakat menikmati teh pada suhu melebihi 65°C. Bagaimanapun, di negara Rusia, Iran, Turki dan Amerika Selatan, mereka cenderung menikmati teh yang sangat panas melebihi suhu yang dinyatakan.

Pinterest

"Jika anda pergi ke Timur Tengah atau Rusia, mereka minum teh yang masih di dalam samovar (bekas untuk menjerang air teh). Ianya sangat-sangat panas," kata Peter Goggi, presiden Persatuan Teh Amerika Syarikat.

Sumber: CNN
Next article Next Post
Previous article Previous Post